Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami ‘Brain Damage’

Insiden yang menimpa Kamal Adli ternyata mengejutkan ramai pihak sejak malam tadi apabila pelakon itu cedera parah selepas diserang individu tidak dikenali ketika berada di Singapura.

Malah, disebabkan kejadian itu, isterinya, pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan Kamal kini sedang ditidurkan untuk ‘major operation’ kerana mengalami kesan koyak yang sangat dalam di kepala.

Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, doktor yang ditugaskan merawat Kamal, Dr Saido Muhanmado juga turut mengesahkan, aktor itu terpaksa ditidurkan untuk menjalani ‘major operation’ kerana disyaki mengalami kerosakan otak sehingga menyebabkan dia rebah dan berasa lemah.

“Ayuh kita doakan buat Kamal Adli. Pasukan perubatan kami terpaksa menidurkannya untuk menjalani ‘major operation’ kerana disyaki mengalami kerosakan otak yang menyebbakan dia rebah dan berasa lemah,” tulisnya pada kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram Story.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terkininya, Saido sempat berkongsi mengenai maksud ‘Subdural Hematoma’ yang membawa makna saluran darah di ruang antara tengkorak dan otak telah rosak.

Dia sekaligus memohon agar orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik buat Kamal.

Dalam pada itu, usahawan Tya Ariffin dan penyanyi, Roslan Shah antara individu yang menjadi saksi kejadian.

Malah, Tya sempat berkongsi detik cemas menerusi video pendek di Instagram memaparkan dia sedang berlari mendapatkan kain untuk membalut kepala Kamal yang berlumuran darah.

Salma Syahbuddin