Giliran Sheila Rusly Kena Kecam!

Nampak gayanya golongan  wanita yang menentang poligami khususnya ‘haters’ pelakon Izreen Azminda masih belum reda malahan sesiapa sahaja selebriti lain yang terbabit dengan isteri Ude Wahid ini akan terpalit dikecam.

Jika terdahulu, Rita Rudaini, kini giliran pengarah dan pelakon Sheila Rusly pula menjadi mangsa kecaman  para netizen melalui Instagram miliknya.

Iya lah! Nak lepaskan kecaman pada Izreen dah tak boleh gara-gara akaun Instagram Izreen dah ditutup sementara sejak 2 Mac lalu.

Jadi ke mana lagi hendak diluahkan melainkan kepada Sheila Rusly ekoran tindakannya menjemput Izreen Azminda sebagai artis undangannya untuk memasak dalam program ‘Ketuk Ketuk Ramadan’ yang biasa diterbitkannya bagi siaran di bulan Ramadan.

Kredit Instagram Sheila Rusly.

Foto yang dimuat naik bersama Izreen mendapat lebih 40,000 likes namun kebanyakannya mengundang kecaman netizen dengan kata-kata nista terhadap Izreen malah mempersoalkan pilihan Sheila.

Sebenar umum pun rasanya tahu kan Sheila sering menjemput artis-artis yang sedang hangat dibicarakan dalam program masakannya ini. Dan soalan yang ditujukan pun tidak kurang panasnya.

Jadi, apa kata korang tengok sahaja dan jangan menghukum Sheila habis-habisan. Bak kata Sheila dengar dulu apa soalan yang ditanyanya daripada melemparkan tuduhan dia menyokong Izreen.

Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid  menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.

SGMS Fas