Hamil Lima Bulan, Shakilla Khoriri Kongsi Tabiat Pelik

Pelakon Shakilla Khoriri yang kini hamil mengaku lebih aktif biarpun kandungannya sudah memasuki usia lima bulan.

Menurut pelakon drama Aku Isterinya memaklumkan dia juga lebih rajin ke dapur selepas mendapat tahu dirinya sedang hamil.

“ Saya lebih suka memasak berbanding makan di luar. Semangat untuk memasak itu luar biasa sejak kebelakangan ini.

“ Sebelum ini bukan saya tak rajin masak, cuma keterujaan di dapur itu lain macam sikit,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2018 di Bukit Kiara, semalam.

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ini memberitahu dia lebih menggemari minuman sirap ais sepanjang tempoh kehamilannya.

“ Pelik juga kerana sebelum mengandung saya tak pernah order sirap ais ketika makan di luar. Sekarang kalau dapat sirap ais, seronok dia lain macam.

“ Lebih pelik, sirap ais yang dibuat sendiri di rumah tak sesedap jika dinikmati di kedai makan. Mesti ke kedai makan untuk dapatkan sirap air,” katanya sambil ketawa.

Shakilla izi berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun bercinta. Semoga proses melahirkan cahaya mata pertama mereka berjalan lancar, Insya Allah…

SGMS Faida