Hampir Setahun Jadi Isteri, Priyanka Chopra Masih ‘Terkejut’?

Disember depan, pelakon dan model terkenal, Priyanka Chopra bakal menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan Nick Jonas.

Kata pelakon filem The Sky Is Pink itu kepada E! News, selama hampir setahun menjadi isteri kepada Jonas, banyak hal yang telah dipelajarinya.

“Saya berpuas hati bergelar isteri kepada Nick dan perasaan ini adalah bahagian terbaik dalam sebuah perkahwinan. 

“Ada bahagian yang ‘mengejutkan’ iaitu setiap hari saya bangun dari tidur saya masih rasa seperti bermimpi. ‘Oh, saya mempunyai rumah dan ini adalah rumahnya. Lelaki di sebelah ini adalah ‘rumah’ itu,’ katanya. 

Dalam masa sama, Priyanka berharap mendapat cahaya mata secepat mungkin. 

“Saya sukakan kanak-kanak dan mahu menjadi seorang ibu. Biarpun masih belum tahu bila ia akan terjadi saya yakin saat itu akan tiba satu hari nanti,” katanya. 

Sementara itu, Priyanka juga memaklumkan dia dan suaminya tidak akan berduet dalam projek lagu akan datang.

“Saya tidak berani untuk berduet dengan dia. Ini kerana setiap kali saya menyanyi di dalam kereta, dia akan menatap wajah saya yang membuatkan saya terus terdiam,” kongsinya.

Wah…romantik betul Nick, beruntung Priyanka kan? 

SGMS Faida