Categories: Sihat

Deria pendengaran rosak akibat penggunaan fon telinga?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Fon telinga kini menjadi aksesori penting dalam kalangan remaja zaman sekarang dan tidak dinafikan ada juga individu dewasa yang mnggunakan alat peranti kecil yang lazim diselit di telinga ini.

Kebiasaannya fon telinga digunakan ketika menunggu seseorang, duduk seorang diri dan yang paling kerap dilakukan adalah mendengar lagu sebelum tidur dengan kelantangan suara yang maksimum. Bukan setakat boleh di dengar sendiri malah jika ada indvidu di sebelah, pun boleh mendengar kerana ia dipasang di tahap maksimum! 

Tahukah anda penggunaan fon telinga sebegini boleh mendatangkan kemudaratan terhadap deria pendengaran anda. Ini kerana suara yang dimainkan melalui fon teling akan terus menuju ke telinga dan organ pendengaran lain di dalam telinga anda.

Bukan tidak boleh mendengar menggunakan fon telinga, tetapi jika ia kerap digunakan, dikhuairi telinga atau pendengaran anda akan mengalami masalah. Berikut adalah panduan yang boleh diamalkan bagi mencegah kerosakan telinga:

Hadkan penggunaan

Foto: id.wikihow.com

Untuk memastikan penggunaan fon telinga tidak menjejaskan pendengaran anda, minimumkan masa penggunaan earphone selama sejam dengan menggunakan kelantangan yang rendah. Pendedahan kepada bunyi yang kuat dalam masa yang lama akan menjejaskan pendengaran anda. 

Tidak memasukkan fon telinga terlalu dalam

Foto: liputan6.com

Pada masa kini kebanyakan jenis fon telinga banyak dijual di pasaran adalah jenis ear bud. Ia lebih diminati oleh orang ramai kerana boleh disumbat dan kekal di dalam telinga berbanding dengan fon telinga yang lain. 

Akan tetapi, fon telinga jenis ini sangat bahaya kepada telinga anda. Ia akan membuat anda lebih cenderung untuk menyumbat ear bud tersebut lebih dalam ke dalam corong telinga. Ia sememangnya direka khas agar diletakkan pada telinga dengan jarak yang selamat. Jadi elakkan menolaknya jauh ke dalam telinga. 

Bersihkan fon telinga

Membersihkan fon telinga sebanyak seminggu sekali sudah memadai jika anda terlalu malas. Ini kerana dalam apa jua yang anda lakukan, kebersihan adalah penting. Dengan hanya menggunakan pembersih antiseptik dan jika boleh, simpan fon telinga di dalam bekas yang bersih apabila tidak digunakan. 

Membersihkan telinga

Foto: shopback.co.id

Penggunaan fon telinga dengan kerap akan menyebabkan terkumpulnya kotoran di dalam telinga. Dengan itu akan berlakunya masalah pendengaran.

Oleh itu, bersihkan telinga anda dengan kerap agar kotoran tersebut tidak tersumbat dengan menggunakan putik kapas tetapi hanya di bahagian luar sahaja. Jika ia masuk terlalu dalam, keadaan ini akan menyebabkan kotoran masuk lebih dalam.  Tentunya situasi ini akan membuatkan tahap keselamatan telinga anda semakin bahaya.                                                                

tex_admin