Haneesya Hanee Penyanyi Rap Pula?

Model, pelakon dan kini…penyanyi rap? Haneesya Hanee atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan mencuba nasib berkecimpung di dalam bidang muzik apabila membuat penampilan khas menerusi karya berjudul Mengejar Mimpi bersama kumpulan Bimasakti. 

Lebih menarik lagi, Haneesya ingin cuba mengasah kebolehannya sebagai seorang rapper, dan bukan penyanyi biasa. 

“Saya sendiri pun tak pernah sangka akan masuk ke dalam bidang muzik, lebih-lebih lagi sebagai penyanyi rap.

“Walaupun pada awalnya agak ragu-ragu menerima tawaran itu, atas nasihat ibu dan sokongan daripada anggota Bimasakti sendiri, saya terima,” katanya kepada Harian Metro.  

Haneesya juga suka dengan misi band tersebut yang seiring dengan perjuangannya yang mahu membanteras buli siber.

“Dalam video muzik lagu Mengejar Mimpi ini, dipaparkan kisah mengenai watak seorang gadis yang tak lari jauh daripada kisah dalam kehidupan saya. 

“Secara tak langsung, saya suka dengan semangat serta misi Bimasakti yang membantu saya bangkit semula dan menjadi inspirasi buat orang lain juga,” katanya. 

Kumpulan Bimasakti dianggotai oleh Hazrul selaku penyanyi, Jim (gitar) dan Am (dram).

Kredit Foto: Instagram @haneesyahanee

 

Del14