“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bagi perbicaraan berhubung penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 billion.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram anaknya, Nooryana Najwa berkongsi momen hadir ke mahkamah ditemani oleh anak sulungnya, Adam Razak.

Foto tersebut memaparkan cucu Najib bersama sebuah kad besar yang tertulis: ‘Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali’.

Menerjah ke ruangan kapsyen hantaran di akaun Instagram Nooryana, Adam bertanya mengapa datuknya dikelilingi oleh orang memegang senapang.

“Kenapa ramai uncle dengan senapang besar dekat dengan atuk?” ujar Adam.

Jawab Nooryana, “Sebab uncles tak nak apa-apa terjadi pada atuk,sayangku…”

Sementara itu, Nooryana berkata anaknya, Adam hanya memberi lambaian atau flying kiss sahaja dibenarkan untuk meluahkan rasa rindu mereka terhadap bapanya.

Aqilah Paharuzi