Categories: Trending

Sempena Birthday Ke-23, Influencer Terketar Dapat Hadiah Lamborghini Huracán Bernilai RM1.5 Juta

Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, hilang kata-kata apabila menerima hadiah kereta mewah jenama Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 juta.

Memetik laporan Harian Metro, hadiah itu diterima oleh Siti bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-23 yang disambut kelmarin.

“Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar. Saya masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada syarikat menjual produk berkonsepkan pendidikan Islam.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.

“Terima kasih kepada yang membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.

Tambah Siti, pemberian itu juga bersempena prestasi baik yang diraih olehnya apabila berjaya mencatat jualan produk syarikat itu lebih RM1 juta yang dilakukan secara ‘live’ di aplikasi TikTok baru-baru ini.

“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan mereka (syarikat jualan). Jadi, ketika sesi live (langsung) di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.

“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ranking sale (kedudukan jualan) paling banyak dalam jangka masa singkat yang mana dalam tempoh satu jam live terus hit,” katanya.

Menerusi pemerhatian di laman sosial, Siti meraih hadiah itu daripada syarikat Mommyhana yang menjual produk berkonsepkan Pendidikan Islam.

Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif ‘my first book’ sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.

Sumber / Kredit Foto: Harian Metro / MommyHana

Padin