Hanya Tunggu & Lihat, Puteri Sarah Nekad Bawa Kes Ke Peringkat Atasan – “Saya Akan Terus Berjuang”

Pelakon Puteri Sarah memaklumkan bahawa dirinya masih menunggu perkembangan dan hasil siasatan mengenai aduan yang dibuatnya atas sebab gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia berharap bahawa pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dapat memberi maklum balas supaya terjawab segala persoalan.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah hanya mengetahui bahawa Ira Kazar telah dipanggil oleh pihak Jawi bagi membantu siasatan.

“Sehingga sekarang saya pun masih tak tahu apa status dan perkembangan aduan say aitu. Ini kerana pihak Jawi sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas. Cuma, apa saya tahu mereka sudah memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Selepas itu senyap dah.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara ini. Saya pun takt ahu nak jawab apa, sebab yang menjalankan kerja adalah mereka. Sebagai pengadu saya hanya boleh tunggu dan lihat.

“Cuma, apabila fikir balik, rasanya sudah agak lama kes ini disiasat, jadi saya tertanya-tanya juga apa sudah jadi? Sudah ada keputusan belum? Atau macam mana?,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun begitu, Puteri Sarah turut berhasrat untuk membawa kes ini ke peringkat atas jika masih tiada tindakan lanjut.

“Kalau masih tidak ada jawapan lagi saya nak tuntut keadilan dengan membawa kes ini ke pihak lebih tinggi seperti kementerian berkaitan. Saya akan terus berjuang. Sebab yakin, saya dipihak benar,” ujarnya lagi.

Untuk info, Ira Kazar dilaporkan telah dipanggil oleh Jawi pada 18 Ogos lalu bagi membantu siasatan yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari