“Jijik Dengan Manusia Yang Caci Maki Budak, Moga Reput Di Neraka!” – Izara Aishah Bersuara, Selar Netizen Mulut Puaka

Pelakon jelita, Izara Aishah meluahkan rasa berang terhadap segelintir individu berhubung kontroversi melibatkan selebriti Noor Neelofa yang teruk menerima tohmahan netizen ekoran pendedahan wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Aktres Vanila Coklat ini meluahkan pendapatnya mengenai isu berkenaan menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya pada pagi Khamis.

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose, Izara Aishah Tersenarai Dalam Golongan Selebriti Tak Buat Perubahan Wajah

“Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu Bayi la lahanat. May you rot in hell,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan netizen menyokong kenyataan Izara itu kerana berani bersuara menghentam segelintir pihak yang dianggap tidak wajar mahu membuli bayi.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang meminta Izara untuk bersabar dan menahan diri daripada melemparkan kata-kata kesat di media sosial.

Sebelum ini, nama putera sulung Neelofa hangat menjadi perbualan di serata media sosial selepas tular sebuah foto Bilal yang didakwa telah disunting.

Tidak dapat menahan rasa kecewa, Neelofa bagaimanapun mengambil pendekatan untuk mendedahkan wajah Bilal kepada umum pada Rabu malam menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akhirnya Dedah Wajah Bilal! Luahan Hati Neelofa Buat Ramai Sebak – “Tiada Yang Lebih Menyayat hati Selain Anak Ummi Disakiti”

Artikel Berkaitan:: “Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Bongkar Wajah Bilal, Neelofa Tampil Bersuara – “Saya Tersinggung, Kenapa Tak Hormati Permintaan?”

Aqilah Paharuzi