Lesen Digantung Sekuriti Malaysia Selama Enam Bulan, DDNK Masih Berdiam Diri

Semalam kecoh di media sosial apabila lesen bagi pengurusan dana (fund managament) Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK telah digantung Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 6 bulan bermula 6 Oktober 2022.

Hasil carian di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati lesen bagi pengurusan dana DDNK digantung selama enam bulan.

DDNK yang mula popular apabila sering mempromosikan mudahnya buat duit dengan saham menerusi saluran radio itu kini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warganet lebih-lebih mengetahui beliau sebagai pakar saham popular negara.

Namun sehingga kini, pakar pelaburan saham itu tidak memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Khairil Khusyairi