Haqiem Rusli Cipta Lagu Untuk Usop, Korang Dah Dengar Ke Belum?

Masih dengan penyanyi Usop yang bakatnya dicungkil dari rancangan Mentor Milenia tahun lalu? Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Muhd Noor tampil dengan single berjudul Aku Yang Bersalah.

Lagu ciptaan Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi merupakan sebuah lagu berentak balada pop yang mengisahkan kisah cinta yang didusta.

Aku Yang Bersalah juga sudah mendapat lebih 1 juta tontonan Youtube.

Sebelum ini, Usop pernah muncul dengan single berjudul Matahari dan Nama Terindah. Bukan itu saja, Usop pernah berganding suara dengan penyanyi Hazama menerusi lagu Saya Anak Malaysia.

Aku Yang Bersalah diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan muzik videonya sudah berada di saluran Youtube Rocketfuel Network bermula 26 Oktober lalu.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari menerusi penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

 

SGMS Faida