Categories: FeaturedOh Lawa

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Adakah anda seorang yang gemar makan buah? Buah-buahan jenis apa yang menjadi kegemaran anda? Mungkin, lepas membaca artikel ini, anda akan masukkan buah pir dalam list buah kegemaran anda!

Ini kerana, buah pir bukan saja sedap, rangup dan manis tetapi mempunyai manfaat yang tersendiri. Buah pir memang dikenali sebagai buah-buahan yang membantu mengurangkan berat badan. Tapi tak ramai yang tahu bahawa makan buah pir juga mampu memberi manfaat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Menurut satu kajian oleh MedicalNewsToday, buah pir mampu memenuhi keperluan vitamin C harian sebanyak 12%, vitamin K sebanyak 10%, kalium sebanyak 6% dan sejumlah kecil kalsium, zat besi, magnesium, riboflavin, vitamin B-6 dan folat. 

Selain itu, kajian dari Baltimore Longitudial Study of Aging juga menyatakan bahawa buah pir yang kulitnya berwarna kemerahan mempunyai kandungan karotenoid, flavonol dan antosianin. Kandungan ini sangat penting untuk kulit bagi membantu penyerapan vitamin di dalam tubuh sehingga mampu menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.

Bukan itu saja, buah pir juga kaya dengan kandungan serat dan air yang sangat baik, membuang racun dari dalam tubuh serta membersihkan aliran darah sehingga tiada lagi timbul jerawat! Hebat kan?

Jadi, kepada anda yang nak kulit cantik berseri-seri amalkan makan buah pir ini dan buah-buahan yang lain. Bukan saja cantik dari luaran, dalaman juga turut cantik dan sihat!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Vemale 

tex_admin