Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Dua kali mengikuti uji bakat menyertai Dangdut Academy Asia 4 (DAA4), akhirnya percubaan kali ketiga penyanyi Sarah Fazny membuahkan hasil.

Sarah Fazny atau nama sebenarnya Maishara Fazny kini berada di Jakarta kini selesai mengadakan persembahan pertama di pentas DAA4 bersama bersama lima lagi peserta dari Malaysia.

“ Alhamdulillah, Sarah terima komen positif dari mummy Mas Idayu. Namun begitu masih ada sedikit pembetulan perlu dibuat untuk konsert depan. Mungkin sebab masih nervous, maklumlah ini merupakan pertama kali Sarah beraksi di pentas berskala besar di Indonesia.

“ Tambahan, Sarah perlu menyanyikan lagu dangdut klasik yang asalnya Sarah langsung tidak pernah tahu. Tetapi Sarah berusaha untuk mempelajari teknik cangkok dan lagunya. Insya Allah Sarah akan membuat persembahan lebih baik pada konsert seterusnya,” katanya kepada xtra.com.

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36.  

Berkongsi pengalaman pertama kali berada di pentas DAA 4, Sarah memberitahu dia berdepan dengan perkara sama setiap kali sebelum naik ke pentas.

“ Kalau nak tahu, Sarah bila nervous akan rasa loya. Tetapi kali ini Sarah muntah beberapa kali sebelum naik ke pentas.

“ Sarah akui suasana berada di pentas besar apatah lagi ditonton oleh jutaan penonton di Indonesia membuatkan Sarah lebih cemas. Tambahan, Sarah sudah lama tak menyanyi di pentas besar di Malaysia, nervous itu memang ketara,” katanya.

Semoga terus sukses, Sarah Fazny! 

 

SGMS Faida