Categories: Trending

Tangisan, Jeritan Kedengaran, Penyelam Indonesia Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Operasi Menyelamat JT-610

Operasi pencarian & menyelamat nahas udara JDT 610 masih giat dilakukan ketika ini. Pesawat malang itu terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat pada 29 Oktober lalu.

Pasukan Olahraga Selam Seluruh Indonesia (Possi) Semarang yang meneruskan pencarian mangsa ke dasar laut turut berkongsi pengalamam pelik.

“ Ada beberapa kejadian aneh ketika kami dalam misi. Memang adakala wujud gangguan seperti terdengar suara halus ketika menyelam. 

“ Saya anggap ia perkara biasa kerana ia memang ada tertulis dalam Al- Quran, Jin dan manusia itu memang diciptakan oleh Allah SWT,” kata penyelam Indonesia kepada salah sebuah portal berita tempatan.

Difahamkan penyelam bernama Malik itu tidak keseorangan merasai hal yang sama kerana salah seorang anggota Angkatan Tentera Laut (Indonesia) turut berdepan situasi sama.

Difahamkan, penyelam itu juga terdengar suara jeritan wanita  menjerit ketika berada di kedalaman puluhan meter dasar laut.

“ Kita seperti rasa ada jeritan, tangisan tetapi kita tidak hiraukan mereka. Kita anggap itu hanya halusinasi penyelam saja,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang penyelamat Syachrul Anto maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Semoga segala urusan pasukan penyelamat dipermudahkan dan jika diizinkan-Nya, kesemua mangsa nahas dapat ditemui semula. Insya Allah…

SGMS Faida