Categories: FeaturedOh Lawa

Anda Berani Pakai High Heels Yang Berupa Kaki Manusia Ini?

Hannah Rose Dalton dan Steven Raj Bhaskaran, yang telah menubuhkan jenama fesyen Fecal Matter di Kanada, memang terkenal dengan gaya rekaan mereka yang pelik-pelik dan luar biasa.

Mereka juga gemar memperagakan sendiri citarasa mereka ini di tepi-tepi jalan di Montreal, siap dengan makeup yang aneh. Memang nampak macam alien!

Salah satu rekaan mereka yang paling disebut-sebut adalah sepasang kasut yang nampak macam kaki manusia!

Hannah telah memakainya dan ia memang nampak macam kakinya sendiri tapi ada “heels” yang tersembul keluar dari bawah tumitnya. Eee!

Gambar kasut ini telah dimuat naik di akaun Instagram Fecal Matter dan pada mulanya, pengunjung akaun mereka tertanya-tanya sama ada ia real atau tidak.

Secara realitinya, kasut di dalam gambar ini hanyalah prostetik yang telah diubah suai dengan Photoshop untuk nampak “tajam” macam itu.

Tapi oleh sebab ramai orang menunjukkan minat, duo ini membuat keputusan untuk mencipta sepasang kasut yang sama tapi kali ini ia bukan di-Photoshop.

Maka muncullah sejenis kasut tumit tinggi yang mereka panggil Skin Heels. Ia telah dibuat dengan susah payah oleh artis Sarah Sitkin.

Kasut yang mencecah ke pangkal peha ini siap ada tahi lalat, bulu roma dan warna kulit yang tak sekata untuk menyerupai kaki Hannah. Barulah nampak betul-betul macam kakinya!

Jadi bila anda pakai, anda akan nampak macam anda sedang berkaki ayam. Tapi janganlah berangan sangat untuk memiliki kasut ini. Menurut Fecal Matter, sepasang saja berharga $10,000!

Tak apa, duo pereka fesyen ini bercadang untuk menghasilkan versi Skin Heels yang lebih murah dan mudah didapati dan lebih mudah dipakai. “Mungkin kami akan keluarkan kasut jenis pumps pula lepas ini,” kata Steven.

Sumber: Insider

Ad Ops