Hasil Kutipan Filem JUANG, WebTVAsia Sumbang RM20,000 Kepada Keluarga Adibah Noor & Badan NGO

Baru-baru ini, penerbit filem JUANG iaitu WebTVAsia telah memberi sumbangan sebanyak RM20,000 kepada keluarga Allahyarham Adibah Noor di majlis apresiasi filem Juang pada 11 Oktober lalu.

Untuk makluman, semasa Tayangan Perdana Gala JUANG pada Ogos lalu, terdapat tujuh edisi terhad reka bentuk JUANG Non-Fungible Token (NFT) untuk dibida dan WebTVAsia telah berjaya peroleh jumlah bidaan sebanyak RM40,000.

Tambah, JUANG NFT milik pelakon lagenda Allahyarhamah Adibah Noor yang juga merupakan pelakon filem JUANG berjaya dibida sebanyak RM20,000.

Oleh itu, jumlah bidaan berjumlah RM20,000 itu telah disalurkan kepada keluarga Adibah Noor dan diserahkan kepada kakaknya, Noor Abidah Mohd Omar ketika Majlis Apresiasi Filem JUANG yang berlangsung di ibu pejabat WebTVAsia, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, WebTVAsia turut menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) iaitu Thrive Well dan The Hope Branch.

Thrive Well menerima cek berjumlah RM10,000 daripada WebTVAsia yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Well, Ellisha Othman.

Manakala, The Hope Branch turut menerima jumlah yang sama iaitu sebanyak RM10,000 daripada WebTVAsia yang mana NGO ini merupakan inisiatif yang ditubuh sejurus selepas Pandemik COVID-19 bagi mengumpul dana dengan cepat dan berkesan serta memberikan untuk mereka yang terjejas dan pengasasnya ialah Harith Iskander.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia serta penerbit bersama JUANG, Fred Chong mengharapkan bahawa dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia menerusi inisiatif digital NFT.

“Kami berharap dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia melalui inisiatif digital NFT sebagai pemangkin kepada peluang komersial dan penjenamaan baharu kepada pekerja industri di masa akan datang,” ujarnya.

Atiqah Johari