Categories: HiburanSelebriti

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Biarpun pernah berdepan dengan penceraian pada awal Mei lalu, Nazim Othman kini memberi petanda seolah-olah hatinya kini kembali dimiliki.

Menerusi perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, pelakon tinggi lampai itu memuatnaik sekeping gambar bayang-bayang dirinya berdiri di sebelah seorang gadis dengan kapsyen ‘ Kita saja tau…~’. Sweet lah! 

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Nazim Othman pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 dan namun rumahtangga mereka terlerai pada 2 Mei 2018. 

Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, memberitahu keputusannya berpisah dibuat atas persetujuan bersama.

SGMS Faida