Hebat Betul! Penangan Wani Kayrie Cover Lagu Sial Dalam Bahasa Dusun Buat Ramai Tercengang

Penyanyi Wani Kayrie tampil membawakan kelainan ketika menyanyikan lagu Sial nyanyian asal Mahalini dalam bahasa Dusun sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Nyanyian tersebut telah dikongsikan oleh Wany menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Wany berjaya membuat rata-rata pengikutnya meremang dan tercengang biarpun dinyanyikan dalam bahasa lain.

“Sabahan (Dusun) version of SIAL,” tulisnya.

@wani.kayrie Sabahan (Dusun) version of SIAL 🎤💖 Tag your friends! 🫰🏻🌸✨ #fyp #wanikayrie #mahaliniraharja #sialcover #sabahan #foryou ♬ original sound – WANI KAYRIE

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangan pengikutnya.

Fatin Nurain