“Its Actually Not True…” – Wanita Dakwa Diri Dihamilkan Artis Lelaki Hanya Prank?

Wanita mengaku dirinya dihamilkan oleh seorang artis tampil memberitahu semua perkara tersebut yang diperkatakan adalah tidak benar.

Menerusi perkongsiannya di TikTok yang dikenali sebagai HatiBushuk, dia akan memadam akaun tersebut dan memohon maaf kepada semua yang telah mengikuti cerita tersebut.

“Maaf kepada semua yang mengikuti account ini dari mula.

“I will delete this account as its actually not true. Wasalam,” tulisnya.

Selain itu, bahagian komen ditutup dan hantarannya sebelum ini juga telah dipadam.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa dirinya hamil anak seorang artis namun lelaki tersebut dan keluarganya tidak mahu bertanggungjawab.

Disebabkan itu, wanita ini bertindak untuk mendedahkan hal sebenar kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Paksa Saya Gugurkan” – Didakwa Enggan Bertanggungjawab, Wanita Dedah Sedang Hamil Anak Artis?

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Sedang Mengandung Anak Artis, Nama Ismail Izzani Pula Terpalit

Meskipun nama penyanyi Ismail Izzani dipetik, wanita berkenaan ada memberitahu lelaki tersebut bukan pelantun lagu Sabar itu.

Maya Basir