‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Juara Mentor Musim Ketujuh, Zaaim mengakui rindu suasana ketika bekerja di restoran makanan segera, McDonald sebelum bergelar penyanyi.

Kata Zaaim ketika ditemui di Prelude Anugerah Juara Lagu ke 33, dia rindu mengambil pesanan pelanggan di kaunter.

“ Saya macam ‘ketagih’ nak ambil pesanan. Perasaan kerja dekat situ memang seronok. Kalau ada peluang saya akan melawat kawan-kawan di tempat kerja lama.

“ Kadang-kadang saya ada juga sakat pekerja di sana kononnya saya bertugas mengambil order daripada pelanggan. Memang syok,” katanya sambil ketawa.

Pernah bertugas di McDonald Kota Damansara sebelum menyertai program Mentor 7, Zaaim mengaku melepaskan pekerjaan itu bagi mengejar mimpi bergelar penyanyi.

Ternyata percaturan Zaaim berbaloi apabila dinobatkan sebagai Juara Mentor Ke 7 sekaligus memenangi wang tunai RM 80,000 serta sebuah kereta bernilai RM 70,000.

SGMS Faida