Categories: FeaturedTrending

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Sekali pandang, memang tidak dinafikan wajah dahulu dan terkini pelakon Sherry Ibrahim, ada sedikit perubahan.

Merujuk gambar di atas, foto dalam persalinan rona merah merupakan gambar lama Sherry dan biru penampilan terkininya. Dapat dilihat wajah terkini Sherry kelihatan lebih lembut dan berisi berbanding dahulu.

Bentuk bibirnya yang dulunya nipis kelihatan sedikit mungil selain saiz matanya tampak lebih bulat.

Mungkin perbezaan inilah yang menyebabkan timbulnya dakwaan kononnya Sherry melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah.

Walhal teknik solekan juga berupaya merubah wajah seseorang. Terbukti teknik melukis bibir dan paduan gincu bersama concealer boleh membuatkan ulas bibir yang nipis kelihatan mungil dan tebal.

Menyedari gosip yang sedang bertebaran, aktres drama bersiri Teduhan Kasih ini menangkis dakwaan yang timbul dengan penuh berhemah.

Terbaru, ada seorang wanita yang melemparkan tuduhan serupa dan lebih memburukkan keadaan, ia turut melibatkan nama keluarga Sherry.

Berang dengan dakwaan terbabit, Sherry berkongsi perkara itu menerusi entri di laman Instagram miliknya.

“Astaghfirullah. I dapat ni tadi dari one of my family members. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semua. Sebab membuatkan IG I nampak tak cantik. 

“I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi you tulis macam you kenal and tau everything pasal I. 

“Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!” tulis Sherry.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengeji perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan memohon agar Sherry tidak mempedulikan dakwaan terbabit.

Dalam hantaran pada 2 Disember 2018, Sherry menegaskan dia tidak pernah dan tidak akan melakukan sebarang pembedahan mahupun suntikan pada wajahnya.

“Pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan adalah haram dan ditegah dalam Islam kerana ianya merubah ciptaan Allah.

“Assalamualaikum and the answer is NO untuk pertanyaan dan komen yang I terima daripada some of you.

“I tak buat apa-apa surgery atau suntik on my part of my face.

“I tahu berdosa kalau dengan sengajanya buat perubahan yang Allah dah jadikan, even all my teeth are real.

“I’m blessed and grateful for what I have. Campuran papa dan mama I. I hope this statement is clear,” tulisnya panjang lebar menerusi Instagram.

 

Sumber: mStar

 

Yanie Baharom