Henry Golding Tersenarai Dalam ‘Time 100 Next’

Pelakon kacukan British-Malaysia kelahiran Malaysia, Henry Golding yang menempa nama di Hollywood apabila menjadi bintang utama filem Crazy Rich Asian tahun lalu terus melakar kejayaan apabila tersenarai dalam kelompok ‘Time 100 Next” majalah antarabangsa, Time.

Senarai “Time 100 Next” mengiktiraf 100 individu yang dikatakan berpotensi besar dan bakal membawa perubahan dalam bidang yang mereka ceburi.

Memetik laporan BH Online, Henry yang berusia 32 tahun turut tersenarai bersama bintang bernama besar lain dalam bidang hiburan seperti penyanyi Camilla Cabello, Billie Eilish, artis rap Lil Nas X dan pelakon dan pelawak yang terlibat di dalam filem Crazy Rich Asian bersamanya, Awkwafina. 

Kejayaan Henry turut diraikan oleh bintang berasal dari Ipoh, Perak yang sudah terlebih dahulu mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh yang melakonkan watak ibu kepada Henry di dalam filem Crazy Rich Asian yang melonjakkan nama aktor tersebut. 

“Dia berjaya membawa wataknya dengan baik biarpun kali pertama beraksi dalam filem berskala besar. Sejak detik itu, saya sudah menjangka dia boleh pergi jauh.

“Isu etnik dan latar belakang bukan penghalang untuk kita berjaya.  Kita semua adalah sama tidak mengira bangsa, kaum dan budaya.

“Ketika menjayakan filem Crazy Rich Asians, dua tahun lalu, kami tidak pasti sama ada filem itu akan diterima atau sebaliknya.  Tapi siapa sangka kami bekerjasama lagi dalam filem terbaru, Last Christmas dan sekali lagi Henry diberi peranan utama,” katanya. 

Filem Last Chrismas juga dibintangi oleh pelakon Emilia Clarke akan menemui penonton 28 November nanti. 

 

Kredit foto: Instagram @henrygolding

Del14