‘Henti Siar Berita Kepulangan Adik Ainul’- Dr Amalina

Dr Amalina Bakri memaklumkan di Instagram beliau bahawa berita tentang kepulangan adik Ainul yang disiarkan adalah tidak benar.

Sebelum ini, tersebar berita di laman sosial mendedahkan adik Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan di London bakal pulang dalam masa terdekat.

Dr Amalina turut memohon agar masyarakat memberi ruang privasi kepada keluarga adik Ainul Mardiah buat masa ini.

“Ramai yang mengambil berat tentang keadaan adik Ainul selepas pembedahan baru-baru ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang mendoakan dan ucapan.

“Ketika ini, dia masih lagi di dalam pemantauan pihak hospital dan akan pulang apabila sudah bersedia,”katanya.

Dr Amalina memohon agar berita kepulangan adik comel ini dapat dihentikan disiar di sebarang platform.

“Tolong jangan siarkan berita berdasarkan anggapan atau mendengarnya daripada sumber lain.

“Ada ketikanya ‘less is more’. Pihak perubatan di sini memohon kerjasama anda demi kebaikan Ainul,” tulisnya.

Dr. Amalina juga memberitahu satu kenyataan rasmi akan dibuat apabila adik Ainul selamat tiba di Malaysia, serta memberitahu entri yang disiarkan di Instagramnya itu telah mendapat kebenaran ibu bapa Ainul.

SGMS Faida