Dr. Say Shazril Mengaku ‘Meroyan’ Dua Bulan?

Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mengaku emosi ikut berubah selepas menerima anak sulung sejak dua bulan lalu.

Akui pemilik nama penuh Dr. Shazril Shaharuddin, ‘kelakian’ dalam dirinya juga tercabar selepas bergelar bapa.

“ Saya dan isteri tidak meminta bantuan daripada sesiapa untuk menjaga permata hati kami.

“ Sepanjang dua bulan saya duduk rumah jaga anak, bila anak bangun tengah malam saya juga akan ikut bangun sama.

“ Jujurnya, pada peringkat awal saya berasa penat dengan ‘cycle’ yang saya dan isteri lalui setiap hari tetapi lama kelamaan seronok,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran stroler ‘Bugaboo Ant’ di Happikiddo, The Gardens Mall, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman pertama sebagai bapa, beliau menceritakan melalui fasa ‘meroyan’.

“Mungkin sebab saya dah tak bekerja dan  sedang melalui pengalaman suri rumah sepenuh masa.

“ Saya tidak mahu menyusahkan keluarga sebab itu sanggup berhenti kerja bagi memberikan fokus kepada buah hati sulung kami walaupun penat dan mencabar kelakian saya,” tambahnya dalam ketawa kecil.

Pun begitu, selepas habis pantang dan kini mula bertugas, Dr. Say mengambil keputusan menghantar anaknya ke pusat jagaan harian namun mendapat krtikan netizen yang mempertikaikan perbuatannya itu memandangkan semasa pantang dia sanggup pula berhenti kerja untuk menjaga anak.

“Tak apa lah itu pandangan mereka, saya tidak marah,” akhirinya.

Dr Say berkahwin dengan isterinya, Dr Azura Abas pada Mac 2014 dan dikurniakan anak pertama selepas lima tahun berkahwin.

SGMS Fas