Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Susulan kontroversi yang melanda pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira, komen kakaknya Erma Fatima mengundang perhatian netizen.

Menurut Erma, hal ini boleh dijadikan pengajaran oleh semua yang mana untuk menikmati kesenangan, seseorang itu perlu mencari wang dengan hasil titik peluh sendiri.

“ Baru berkat. Buat apa pakai handbag berjenama, pakai kereta mewah, bagi makan anak, bagi belanja mak dari hasil duit haram.

“ Jadi darah daging nanti susah hidup tak dapat berkat dan rahmat. Hah, untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan,” sindir Erma namun tidak menulis komen ini dituju kepada siapa.

Adiknya, Umie Aida telah memuatnaik sebuah luahan di Instagram namun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Dalam kenyataan itu, Umie dilihat kecewa apabila sahabatnya itu lebih memilih kemewahan berbanding persahabatan antara mereka.

Namun begitu, status berkenaan telah dipadam selepas beberapa jam dimuatnaik.

SGMS Fas