Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 28, 2023 @ 10:59am

“Hidup Ni Dik perlukan Lawak, Bukannya Ada Adengan Ramas-Meramas Pun!”- Isu Tarian Punggung, Aliff Syukri Mohon Maaf

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf sekiranya tindakannya bersama penyanyi Ifa Raziah menari tarian gelek punggung baru-baru ini membuatkan ramai pihak berasa kurang senang.

Kata Aliff, tarian itu hanyalah sekadar gurauan kerana pada ketika itu mereka sedang merakam video untuk di muat naik di TikTok.

“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah. 

“Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kesyukuran dan Aqiqah serta Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu.

Aliff Syukri menjelaskan hal tersebut dan menyifatkan ia hanyalah sekdar bentuk hiburan dan bukannya tarian lucah seperti yang didakwa.

Meskipun begitu, pelantun lagu Abang Nak Tegur itu berkata, tarian itu bergantung kepada tafsiran individu masing-masing.

“Saya minta anda fikir positif je lah… Lagipun video tu kami buat TikTok sebenarnya.

“Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu. Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink, kalau anda fikir negatif maka negatif lah jadinya begitulah sebaliknya,” jelasnya.

Terdahulu, isu tarian punggung bersama Ifa Raziah menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan netizen.

Sehinggakan, ada yang menganggap tarian tersebut lucah dan menjijikkan.

ARTIKEL BERKAITAN:“L*cah Betul, Patut Kena Banned Ni!” – Kongsi Tarian Gelek Punggung, Ifa Raziah & Aliff Syukri Undang Rasa Kurang Senang Netizen!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 21 May 2024

Memukau! Kecantikan Camelia Raih Perhatian, Netizen Komen: “Tengok Je Orang Dah Tau Kaya & Classy”

No wonder lah Camelia pernah tersenarai antara 50 tercantik di dunia😍😍😍

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Trending Mon, 29 Jun 2020

[Terkini] Orang Ramai Kini Boleh Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Tidak Melebihi 250 Orang

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

Pernah Dilabel ‘Kayu’, Rusdi Ramli Kongsi Pesanan Buat BBNU

Tidak semua pelakon dikurniakan pakej lengkap, namun setiap anak seni perlu berusaha untuk memperbaiki kekurangan dalam diri mereka.

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Tuduh Begitu’- Neelofa

Kata Neelofa, kakaknya semakin positif dan kuat meskipun…

error: Content is protected !!