“Hormat Sebagai Kawan & Lawan” – Kongsi Foto Bersama Muhyiddin, Ruang Komen Syed Saddiq Dibanjiri Komen Positif Warganet!

Perkongsian terbaharu Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), YB Syed Saddiq bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin meraih perhatian ramai di media sosial.

Meskipum berlainan politik, Saddiq menerusi hantarannya itu meluahkan rasa hormat kepada presiden Peritakan Nasional (PN) atas jasanya kepada negara.

“Pilihanraya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada TS Muhyiddin tetap kekal. Hormat kawan & lawan.

“Dua jam berbual, catching up on life after elections. TSMY juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak.

“Let’s build a Malaysia which is governed with integrity & dignity, a country where all Malaysians feel at HOME.

“Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik. We need a strong & stable government with an effective Opposition to turbocharge Malaysia forward,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen membanjiri hantaran tersebut dengan kata-kata positif serta meluahkan rasa bangga terhadap YB kerana mencerminkan sisi politik yang positif.

“Good stuff YB. Leading by example – Putting the country above above parties. You’re a champ!,” tulis seorang netizen.

“Yang tua di hormati, yang muda di kasihi,” kata netizen lain.

Aqilah Paharuzi