‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Pelakon, Syafiq Kyle berharap peminat dan orang ramai dapat menghormati batas perkongsian perihal peribadi tentang hubungannya bersama Mimi Lana.

Syafiq mengakui, bukan mudah untuk dirinya membuka mulut bercerita mengenai hubungan cinta dan berharap diberikan sedikit ruang privasi biarpun bergelar anak seni. 

“Beginilah, bukan mudah untuk saya membuka satu lapisan hal peribadi dikongsikan kepada umum. Apabila membuat keputusan untuk bercerita mengenai kisah cinta, saya berharap tidak diajukan lebih lanjut mengenai hal itu.

“Saya menghormati orang ramai, peminat dan pihak media yang ingin mengetahui mengenai cerita peribadi saya, justeru itu, saya membuka mulut berkongsi status bersama Mimi. 

“Cuma saya berharap diberikan sedikit ruang privasi buat diri sendiri. Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya. Saya berharap semua dapat menghormatinya,” katanya kepada Xtra.

Syafiq yang semakin menjadi perhatian selepas kemunculannya dalam drama rantaian popular, Nur ditemui di majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo di Subang Jaya, semalam. 

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Syafiq berkongsi bakal beraksi di pentas teater karya pengarah terkemuka, Erma Fatima.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida