Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 19, 2022 @ 8:32pm

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Pelakon Nadya Syahera mengakui perkahwinan yang dibina bersama suami, Fizul Nawi semenjak tujuh tahun lalu berada dalam keadaan sedikit goyah akibat jarang berkomunikasi antara satu sama lain.

Bagaimanapun, aktres itu menjelaskan hubungannya bersama suami masih baik dan tidak bergaduh sesama sendiri.

“Boleh dikatakan macam itu (rumah tangga bergoyang) tetapi kami tidak bergaduh. Kami masih cakap macam biasa.

“Kami berdua sebenarnya perlu banyak berkomunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama juga di pihak suami. Kami tengah perbaiki,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Nadya menegaskan dia hanya mahu perhatian suami, namun Fizul terlalu sibuk mencari wang hingga didakwa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan dirinya.

“Bagi pandangan dia, isteri haruslah lakukan tugasan di rumah bukan suami kerana tugas dia hanya cari duit. Mungkin juga dia terlupa yang saya juga bekerja.

“Fahamlah wanita. Cuba faham isi wanita sebenarnya. Bukan harta benda yang saya nak kadang-kadang. Selalu orang fikir perempuan nak duit, materialistik.. Sebenarnya tidak!

“Cukup dengan bagi perhatian, itu sudah memadai. Kadang bawa pergi makan dekat kedai mamak pun sudah boleh bahagiakan. Tak semestinya bagi duit.

“Itu saya, orang lain tak tahu. Daripada lepak satu jam bershisha dengan kawan, lebih baik lepak dengan saya dan anak-anak.

“Saya dah boleh diam, nak suruh buat apa selepas itu saya buat. Sebab saya tak gembira, itu yang bising. Itu saja,” jelasnya.

Terdahulu, Nadya meluahkan perasaannya yang tertekan terhadap perangai suaminya kerana terlampai sibuk dengan urusan kerja sehingga mengabaikan hal keluarga.

Artikel Berkaitan: “Pergi Thailand Berminggu-Minggu Kerja, Tinggalkan I Dengan 3 Anak Terkontang-Kanting” – Nadya Syahera Tertekan Dengan Suami?

Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, hasil kehidupan bersama mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, Mohammad Dayyan, 4, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Trending Tue, 25 Sep 2018

Bila Masa Dalam Negeri Johor Surat Rasmi Ditulis Dalam Dua Bahasa?

Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,”

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

Berhasrat Bawa Anak-Anak Sepentas Di Plenary Hall KLCC, Ini Konsert Terakhir Jamal Abdillah? Bakal Berduet Dengan Penyanyi Legenda 

Legenda Datuk Jamal nak buat konsert ni gais! Besok boleh beli tiket, jangan lepaskan peluang ni ok

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Thu, 16 Sep 2021

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia. Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum. Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem […]

error: Content is protected !!