“I Can Be The Biggest Bitch, … I Will F*** You Up” – Kilafairy Carut Siapa Tu?

Tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua manusia yang suka melihat haiwan dijadikan sebagai pameran atau melakukan sesuatu latihan semata-mata mahu membuatkan manusia terhibur. 

Justeru itu, penyanyi lagu Put The Word In ini sekali lagi tampil menyuarakan pendapat beliau menerusi akaun twitter miliknya dan menegaskan bahawa haiwan sepatutnya dibiarkan bebas di habitat asal mereka.

Menerusi caption yang ditulis oleh Kilafairy itu, terdapat segelintir peminat mahupun pengikut beliau yang berteka-teki adakah sebenarnya caption itu ditujukan buat pelakon, Nelydia Senrose yang sebelum ini pernah berkongsi gambar beliau bersama-sama ikan lumba-lumba semasa percutian pelakon itu ke Dubai baru-baru ini.

 

Sumber : Instagram @nelydiasenrose

Namun, Kila memberitahu caption yang ditulis oleh beliau itu adalah berkaitan sebuah video yang tular baru-baru ini mengenai badak sumbu yang diseksa dengan begitu kejam.

Salma Syahbuddin