Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2024 @ 12:28pm

Ibu Arwah Zulfarhan Osman Mahu Bomoh Terima Hukuman Setimpal – “Saya Nak Biar Dia Rasa Apa Yang Anak Saya Rasa”

Susulan kes laporan kematian sadis Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menemui titik nokhtah, ibunya, Hawa Osman tampil meluahkan kekecewaan terhadap bomoh yang didakwa menjadi punca kematian anaknya.

Menerusi perkongsian video temu bual bersama Mingguan Wanita, Hawa berharap dan mendoakan agar bomoh tersebut turut menerima balasan setimpal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya termasuklah merasai sendiri kesakitan yang dialami arwah.

“Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa agar bomoh itu terima balasan, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan. Jadi biar dia merasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.

Dalam pada itu, Hawa turut mempersoalkan tindakan bomoh tersebut yang dilihat membuat tuduhan nyata terhadap anaknya sehingga menyebabkan kematian tujuh tahun lalu sebagai insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, sebagai seorang muslim, kebergantungan sepatutnya diletakkan kepada Allah SWT dan bukannya kepada tilikan bomoh.

“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tertera.

“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. Bomoh hanya akan kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap nama pun,” jelasnya.

Mengakui terkilan atas kehilangan anaknya, Hawa berharap agar bomoh berkenaan bertaubat dan memohon maaf terhadap mereka sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

“Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Saya memang geram padanya. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

@mingguanwanita “Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ini luah Puan Hawa ibu kepada arwah Zulfarhan. Ada banyak lagi dikongsikan oleh ibu bapa arwah termasuk reaksi terkejut wajah keenam-enam tertuduh yang sebelum itu dilihat melambai-lambai serta wajah keriangan bila Hakim mengumumkan mereka ke tali gantung. Saksikan temubual penuh bersama kedua ibu bapa arwah di YouTube Mingguan Wanita esok. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zulfarhan ♬ original sound – MingguanWanita

 

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman.

Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang kini berusia 28 tahun ialah, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Pada 1 Jun 2017, Zulfarhan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 9.10 malam  di Hospital Serdang, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Thu, 9 Aug 2018

FaizaL Tahir Tegur Artis Baru Jangan Malas

Faizal Tahir memberitahu adalah tidak wajar bagi artis baru menarik diri dari mana-mana pertandingan yang melibatkan artis senior dengan alasan takut untuk menghadapi persaingan.

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

error: Content is protected !!