“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli menerusi hantaran Instagram miliknya berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meraih anugerah ini.

“Alhamdulillah rezeki penutup tahun 2021!” tulis Zynakal.

Dia yang berusia 23 tahun turut mengucapkan penghargaannya kepada MACP dan individu-individu yang terlibat di dalam penghasilan karya muzik bersamanya.

Anugerah MACP merupakan anugerah meraikan anak-anak seni yang menyumbang dalam membangunkan industri muzik tempatan.

Bersama hantaran Instagram itu, Zynakal memuat naik gambarnya memegang trofi kemenangan sambil berdiri di sebelah penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir.

 

Ramai rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kemenangannya di ruangan komen hantaran itu.

 

 

Zynakal yang terkenal dengan lagunya yang berjudul Sakit nyanyiannya bersama Yonnyboii telah mendapat sebanyak 46 juta tontonan di YouTube menerusi lagu itu.

Arfah