“Kalau Bagi Tahu Nanti, Orang Kata Buat Kontroversi” – Perkongsian Terbaru Aliff Syukri Di Hospital Buat Netizen Tertanya-Tanya

Baru-baru ini usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya kuat dan tabah.

 

Menerusi hantaran itu, dia memuat naik gambar menunjukkan tangannya yang menggambarkan keadaannya berada di hospital.

Walaubagaimanapun, dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang situasinya yang sebenar.

Sementara itu, Aliff menerusi Instagram story aktif menjawab pertanyaan dari pengikutnya.

“Awak rasa saya sakit apa kalau saya bagi tahu nanti orang kata saya buat kontroversi kalau saya tak bagi tahu orang tertanya-tanya. Saya confuse,” tulisnya.

Dia turut menjawab pertanyaan dari seorang pengikutnya tentang mengapa dia sudah tidak periang seperti dulu.

“Mungkin faktor usia lagipun saya dah tua, takkanlah perangai saya sama macam dulu,” jawab Aliff.

Dia juga meminta agar semua mendoakannya menjadi seorang ayah dan majikan yang terbaik serta menjadi contoh terbaik buat rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Aliff bersama keluarganya telah mengembara ke Turki namun, menurutnya dia sudah lama pulang ke Malaysia cuma tidak mahu menghebohkan perkara ini.

Arfah