Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 17, 2022 @ 5:14pm

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menafikan dakwaan dan tuduhan bahawa anak lelakinya sudah berkahwin secara senyap-senyap kerana didakwa telah menghamilkan seorang wanita.

Memetik laporan Gempak, dia dan Ismail ada menerima ‘direct message’ yang serupa dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan tidak berasas itu.

“Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ dan gambar berkenaan dirakamkan.

“Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.

“Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa… Kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati bila orang fitnah kita,” katanya.

Menurut Suliza, Ismail tidak melenting apabila mengetahui khabar angin yang mengatakan dirinya berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan seks rambang sehingga Wanita tersebut hamil.

“Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan… Yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

“Tapi dia relaks je… kataya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Anak saya kata kalau dia sebut benda baik tak apa, tapi ni melibatkan anak orang. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.

“Dia takda masa nak buat seks rambang, dia pun ada agama,” ujarnya.

Ditanya sama ada Ismail sedang menjalinkan hubungan atau masih solo, Suliza memberitahu selagi belum ada ikatan, anaknya masih solo.

“Selagi dia belum bertunang atau berkahwin, dia single… Tapi tanya jelah dia,” katanya sambil tertawa.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Isteri Respons Isu Remy Ishak Komen Emoji ‘Love Eyes’ Pada Gambar Pelakon Wanita Indonesia

Ezza menjelaskan komen tersebut bertujuan untuk mempromosikan filem terbaharu gandingan Remy bersama aktres Indonesia itu.

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Featured Tue, 3 Mar 2026

Kongsi Petikan Fitnah Akhir Zaman, Netizen Tegur Firdaus Ghufran – “Macam Mana Nak Hadap Ujian Dajal Kalau Ujian Wanita Pun Failed”

Pelakon, Firdaus Ghufran menyorot perhatian apabila perkongsiannya mengenai fitnah akhir zaman baru-baru ini dipertikaikan warganet.

Featured Tue, 28 Feb 2023
error: Content is protected !!