Hiburan By: Ad Ops August 7, 2018 @ 2:33pm

Iman Corrine Alami OCD?

Pelakon Iman Corinne yang dahulunya pernah muncul dalam filem Spinning Gasing, kini muncul kembali di kaca tv menerusi Viu original series, Salon, arahan Khabir Bhatia yang akan menemui anda di saluran ntv7 pada September ini.

Mengakui sangat teruja berlakon dibawah arahan Khabir Bhatia buat kali kedua, Iman Corinne menyifatkan Khabir sebagai seorang pengarah yang sangat perfectionist dan hebat dalam mengarah filem atau drama yang bergenre percintaan, namun menurut Iman Corrine, Salon ini agak sedikit berbeza.

“Saya pernah bekerja dengan Khabir Bhatia sewaktu saya muda dulu di Singapore dan memang banyak kenangan manis bekerjasama dengan Khabir. So sekarang kembali bekerja dengan dia, the feeling is so nice.”

“Personally, i suka director yang jenis perfectionist walaupun kita kena shooting berjam-jam, saya tidak kisah asalkan director tahu vision dia. Macam Khabir sendiri, dari dulu lagi dia selalu tahu vision dia dan terkenal dengan perfectionist. Tambahan, Khabir memang famous dengan genre cinta, terbaru adalah Pulang. Tetapi sekarang dia nak cuba genre yang berlainan.

“Bagi saya, penonton Malaysia akan terkejut kerana belum pernah menonton cerita series seperti ini. Salon bergenre triller dan mempunyai elemen komedi. Series ini juga mempunyai ramai watak wanita dari pelbagai peringkat umur tetapi tidak stereotype. It is something very new, pelik sedikit tetapi menarik.” Kata Corrine sewaktu di lokasi penggambaran Salon di Melaka.

 

Bercerita tentang watak dalam Salon, Corinne memegang watak Xandria, seorang akauntan yang mengalami ‘Obsessive Compulsive Disorder’ (OCD). 

“Xandria adalah seorang yang OCD, sangat particular dan inginkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Bukan itu sahaja, dia sedikit nerd dan tidak pandai bergaya tetapi sangat loyal kepada orang yang dia sukai.”

Menjadi seorang pengarah dan juga story producer di sebalik tabir selama 8 tahun, Corrine akui telah menimba banyak pengalaman.

“Saya ambil masa stop acting sekejap sebab saya nak belajar behind the scene. So sekarang saya rasa saya dah ready. Dengan pengalaman yang saya dapat dan kembali berlakon, bagi saya sendiri, content series Salon ini adalah satu influence dan satu semangat baru untuk content provider. 

“The reason why saya pergi behind the scene kerana saya berhasrat dapat bekerja tak kira sebagai pelakon atau behind the scene, dapat buat content-content yang boleh travel selain daripada di Malaysia.

“Tak kira saya pergi bank ke mana-mana pun, the Malay aundience have been very good to me. Walaupun saya dah lama tak bekerja (muncul di kaca tv), tapi bila mereka jumpa saya, mereka tetap tanya kenapa akak tak berlakon lagi. So for them, kita kena loyal dengan diorang, kita kena give more variety sebab saya rasa the audience dah ready.” Jelas Corrine

Menjenguk seketika instagram milik Corrine, nyata pelakon ini gemar travel. Corrine mengakui travelling membuatkan beliau banyak belajar sesuatu yang baharu selain culture, makanan dan kehidupan sesuatu kaum.

“Actually, i have been very lucky sebab kebanyakan saya travel untuk kerja. For me, kalau i travel tempat lain, saya nak cuba belajar bahasa lain and then their food as well. Kalau hanya nak tourist sahaja, dimana-mana pun boleh. Kita kena get out from our comfort zone untuk tahu pasal negara baru.”

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram […]

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

NORA DANISH TAKUT MANDI KOLAM RENANG

Makhluk yang tidak diundang itu rupa-rupanya menceroboh rumah Nora melalui kolam renang. Sehingga sekarang Nora tidak berani mengambil risiko bermandi dalam air yang telah dicemari oleh makhluk bernama ‘biawak’ itu.

Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

AMOi-AMOi台籍团员多次入境大马「被误卖淫」

大马女团「AMOi-AMOi」 成员为May吴翠媚、Stella 乐晴、ET 王依渟、洪少琦,平均年纪20岁。唯一的台籍团员依渟,多次入境马来西亚,曾因语言不通及身上马币不多,让海关人员怀疑她到大马「卖淫」

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Banding, Hina Anak Artis

Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis.Setiap anak mempunyai perbezaan tumbesaran tersendiri

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Sun, 16 Feb 2020

蔡琴槟城开唱!歌迷带上口罩做好防疫措施

蔡琴不受疫情影响,圆满在槟城开唱;歌迷纷纷带上口罩,做好防疫措施。