Hiburan By: Fatin Nurain January 13, 2024 @ 1:35pm

Impian Jadi Kenyataan, Naqiu Teruja M.Nasir Mahu Ciptakan Lagu

Penyanyi Naqiu mengakui dirinya sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan komposer terkenal, Datuk M.Nasir untuk menghasilkan single terbaharunya.

Menurut Naqiu, dia sudah lama teringin bekerjasama dengan komposer lain memandangkan dia sudah banyak menghasilkan lagunya sendiri selepas membuat kemunculan semula pada 2019.

“Selepas saya buat comeback 2019, saya banyak keluarkan lagu sendiri. Kali ni saya taknak buat benda tu, saya nak bekerjasama dengan komposer lain untuk lagu baru.

“Dia agak ambil masa sikit sebab kita nak pilih komposer dan melodinya sebab setiap komposer ada melodinya tersendiri,” katanya.

Tidak berancang untuk mengeluarkan album solo, namun Naqiu menyatakan dirinya merancang untuk mengeluarkan beberapa single terbaharu pada tahun ini.

Malah, dia tidak sangka sapaan spontannya untuk M.Nasir menghasilkan salah satu lagu buatnya berhasil.

“Saya dah lama sebenarnya mengidam untuk ada lagu yang dia cipta. Lepas saya buat kemunculan semula sebelum ni saya takut dia reject permintaan saya untuk buatkan lagu untuk saya.

“Lepastu saya beranikan diri, dan saya terkejut bila dia kata dia sudah lama tunggu saya untuk minta dia buatkan lagu. Saya beranikan diri tu pun sebab Datuk Ramli MS yang suruh.

“Sepatutnya ketika menyertai All Star Gegarvaganza saya dah keluarkan satu lagu dengan dia. Tapi cabaran untuk program itu agak kuat jadi saya tiada masa untuk berjumpa dengan dia.

“Jadi sekarang ni dia pun baru balik dari bercuti, dalam seminggu dua lagi saya akan bertemu dia dan pilih melodi,” jelasnya.

Sementara itu, Naqiu juga sempat berkongsi pengalamannya bekerjasama bersama komposer idamannya itu.

Sebagai komposer, Naqiu menyatakan dia tidak mahu menghadkan komposer lain untuk berkarya dalam pembikinan lagu untuk single terbaharunya.

“Untuk proses rakaman belum lagi. Saya hanya panggil saya untuk berborak untuk tahu lagu yang bersesuaian dengan saya. Kami buat perbincangan itu dalam tiga ke empat jam.

“Saya sebenarnya bila nak komposer lain buatkan lagu untuk saya, saya nak komposer itu yang potrey lagu itu untuk saya jadi ilham mereka untuk berkarya tu tidak terhad.

“Jadi, apabila bekerjasama dengan M.Nasir dia sendiri kenal pasti jenis lagu yang saya suka dan kenal pasti karakter suara saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan Individu Gunakan Nama Boboy Untuk Anjur Konsert, Naqiu Ditipu Penganjur

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu Bakal Hiasi Konsert After Hours Hetty Koes Endang 24 Februari Ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Featured Sat, 12 Aug 2023
Featured Tue, 7 Jun 2022

Kes Jenaka R*g*l Dalam Kelas, 75 Ahli Parlimen Desak Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan, Mohon Institusi Pendidikan Lebih Tegas

Susulan kes jenaka rogol yang tular sejak tahun lalu membabitkan seorang guru, hari ini seramai 75 orang ahli parlimen pembangkang mendesak agar Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru tersebut bersama bekas pengetua sekolah terbabit […]

Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Trending Thu, 22 Oct 2020
Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]