Indah Ruhaila Simpan Hasrat Untuk Bertarung Di AJL Semula – “Kalau Ada Rezeki, Saya Tidak Menolaknya”

Penyanyi Indah Ruhaila tampil meluahkan hasratnya untuk bertarung semula di atas pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti.

Pernah mempertaruhkan lagu yang berjudul Percayalah di pentas AJL29, Indah mengakui dirinya menyerahkan segalanya kepada rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: #ThrowbackXTRA: Indah Ruhaila Imbau Momen Chandelier Jatuh Di Pentas AJL29

“Of course setiap penyanyi yang mengeluarkan lagu atau single terbaru mestilah dia ada menyimpan perasaan yang karya dia tu diberi highlight dalam muzik-muzik atau mendapat tempat di dalam AJL.

“Sudah tentulah kita ada menaruh harapan juga. Saya ada plan, tapi sebenarnya bergantung kepada rezeki. As the time goes by, zaman dah berubah, jadi taste pendengar pun dah lain,” katanya kepada XTRA.

Menyedari citarasa pendengar semakin berubah, Indah menyatakan dirinya tidak akan menolak rezeki sekiranya lagunya di masa akan datang layak untuk dipertaruhkan di pentas AJL.

Malah, Indah juga sempat berkongsi dirinya bakal mengeluarkan single terbaharu selepas raya nanti.

“Kadang-kadang tak semestinya lagu yang tak masuk AJL tu tak bagus. Cuma dia bergantung pada rezeki. Tapi kalau ada peluang, ada rezeki untuk masuk AJL lagi sekali, saya tidak menolaknya.

“Syukur sangat-sangat sebab benda tu adalah satu pentas yang berprestij kan, siapa je yang taknak. Saya harap single yang akan datang mungkin selepas raya saya akan keluarkan single terbaharu di bawah naungan Rocketfuel. So saya harap next single saya ada rezeki untuk ke AJL,” jelasnya.

Fatin Nurain