“Tak Lama Dah Korang Boleh Kencing Orang Sana Sini” – Terbengkalai Hampir Setahun, Amyra Rosli Kena Scam RM240,000!

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memberitahu dia telah ditipu oleh sebuah syarikat pereka hiasan dalaman rumah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk mencantikkan rumah ibu dan bapanya namun projek tersebut sudah tertangguh hampir setahun.

Malah, bayaran sudah dilakukan dan ternyata ramai yang mengalami perkara sama dengannya.

“Selepas membuat bayaran sebanyak lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan daripada mereka, inilah hasil yang saya dapat.

“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan mereka, ambil projek banyak-banyak lepas itu terbengkalai.

“Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang kat dunia ni,” ujarnya.

Namun, dia redha dengan ketentuan Allah dan terpaksa memulakan projek tersebut daripada awal untuk menyiapkan rumah ibu bapanya itu.

“Takpelah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.

“Dan sekarang saya kena mula balik daripada awal dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah sebaliknya,” katanya.

Maya Basir