“Nampak Je Jinak Tapi…” – Label Bekas Tunang Narsisistik & ‘Love Bombing’, Individu Syukur Pelakon Wanita Putus Tunang?

Sejak beberapa hari lepas, kecoh mengenai seorang pelakon wanita yang dikhabarkan telah memutuskan tali pertunangan dengan bekas tunangnya.

Susulan itu, seorang individu di TikTok berharap bahawa berita tersebut benar kerana dia mengesyaki bekas tunang pelakon wanita tersebut cenderung menghidap masalah gangguan personaliti, Narsisistik (NPD).

“Saja ikut perkembangan semasa dan mendalami ilmu mengenal manusia NPD,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Kongsi individu itu lagi, lelaki tersebut memperlihatkan sisi yang tidak baik namun mempercayai pelakon wanita tersebut tidak mudah terpedaya dengan bekas tunangnya itu.

Menerusi hantaran lain, individu itu meminta orang ramai untuk mendoakan supaya pelakon wanita tersebut memiliki pendirian yang teguh dan tidak dikaburi dengan kemewahan dan kata-kata manis lelaki seperti itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat individu tersebut malah menyifatkan tindakan dan perwatakan bekas tunang pelakon itu sebagai ‘Love Bombing’.

Atiqah Johari