Individu Dakwa Dai Syed ‘Bitter’ Gara-Gara Ditegur Terlalu Menunjuk Kemesraan? – “Jauh Scrol IG Sampai Bawah Semata Nak…”

Tiada angin tiada ribut, nama pendakwah selebriti, Dai Syed menjadi perhatian ramai terutamanya selepas aksi mesra bersama isteri, Hana Ismail menerima kritikan netizen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, heboh di Twitter apabila terdapat individu tampil membuat dakwaan mengenai sisi lain perwatakan Dai Syed.

Ia ekoran pendedahan Dai Syed yang mahu membuat novel mengisahkan kisah percintaannya bersama isteri tersayang.

Artikel Berkaitan: Bakal Terbitkan Novel ‘7 Hari Istikharahku’, Dai Syed & Hana Ismail Kongsi Kisah Suka Duka Dalam Buku

“Haritu ada ternampak seorang perempuan komen dekat Instagram (IG) Dai Syed yang up content sweet tu. DIa komen buat la buku kisah percintaan ni. Pastu aku balas komen tu cakap ‘Cringe, No please’.

“Lepastu Dai Syed stalk my IG dan komen gelakkan gambar aku dengan suami. Lol bitter, memang niat nak buat buku rupanya,” dakwa individu tersebut.

Dalam hantaran yang sama, individu itu turut berkongsi tangkapan skrin menunjukkan komen Dai Syed sebagai bukti untuk meneguhkan dakwaannya itu.

“Screenshot ini minggu lepas punya. Petty ya perangai, padahal gambar tu dah lama. Sanggup ya scroll post orang sampai ke bawah tengah-tengah malam,” tambahnya lagi.

Melihat kepada reaksi ciapan terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat terhadap dakwaan terbabit.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang memohon orang ramai untuk berhenti memanggil pendakwah sensasi itu dengan gelaran Dai.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripad pihak Dai Syed sendiri berhubung dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, Dai Syed pernah membidas komen-komen netizen yang mengkritik meluat melihat kemesraannya bersama isteri di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikritik Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Selepas Berkahwin, Dai Syed Sarkastik Bidas Komen Netizen

Aqilah Paharuzi