Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 4:29pm

Ingin Berlaku Adil, Anna Jobling Tunai Janji Anjur Rumah Terbuka Buat Peminat Di Jakarta

Pelakon Anna Jobling tampil menganjurkan sebuah majlis Rumah Terbuka di Jakarta demi menunaikan janji terhadap peminatnya di sana.

Selain ke sana atas urusan kerja, Anna turut menyatakan majlis Rumah Terbuka tersebut dilakukan di Jakarta kerana mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.

“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.

“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen,” katanya.

Dalam pada itu, Anna juga sempat memberikan kenyataan berkenaan desas-desus yang menyatakan dirinya tidak mahu peminatnya menyerbu kediaman keluarganya di Melaka pada Hari Raya.

“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya,” jelasnya.

Malah, Anna juga berharap agar niat baiknya untuk menganjurkan majlis Rumah Terbuka itu di sana tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya.

“Tak timbul isu pilih kasih atau tidak. Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja serta mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.

“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.

“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Mar 2021

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang […]

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Nikah Ikut Prosedur Fattah Amin dan Fazura

Fattah Amin dan Fazura mengikut prosedur bernikah seperti orang biasa dan wakil JAWI juga turut ada

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Trending Wed, 14 Feb 2018

PELAJAR MAUT TERKENA PISAU MESIN RUMPUT MELAYANG

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Thu, 4 Oct 2018

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…