Hiburan By: SGMS Enal November 20, 2018 @ 11:46am

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi kecaman netizen apabila beliau memuat naik video TikTok menari bersama beberapa orang model ketika isterinya sedang menunaikan ibadah Umrah.

Seperti biasa, Aliff Syukri membuat permohonan maaf diatas tindakannya itu. Aliff  juga turut berkongsikan perbualannya bersama isteri, Datin Shahida mengenai single terbarunya berjudul Biar Apa Orang Kata, dimana beliau berjanji tidak akan lagi menghasilkan muzik video dengan tarian seksi yang boleh mencetuskan kontroversi.

Aliff turut memberitahu muzik video lagu terbarunya itu turut menampilkan selebriti popular lain serta mengharapkan lagunya itu layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

Diruangan komen, rata-rata netizen sudah rasa menyampah dengan sikap Aliff Syukri yang sudah berkali-kali meminta maaf tetapi tetap melakukan kesilapan. Ada juga beranggapan jika sekali buat silap masih boleh diterima, tetapi jika sudah berkali-kali ia hanya sekadar strategi pemasaran.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen memuji isterinya yang sangat bersabar dengan sikap suaminya itu yang tetap memberikan teguran secara lembut. Apa pun, diharap selepas ini Aliff akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Events Wed, 12 Sep 2018
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Fikry Ibrahim Harap Aplikasi GoEat Mampu Membantu Bisnes Masakan Dari Rumah!

Wah! Ini dah macam FoodPanda atau Grab Food cuma makanan tu datang dari dapur di rumah! Menarik!