Hiburan By: SGMS Faida May 22, 2018 @ 5:04am

Ini Alasan Erry Putra Putus Cinta Dengan Fara Hezel

Pelakon Erry Putra mengaku hubungan cinta yang terjalin bersama penyanyi Fara Hezel hanya mampu bertahan lima bulan saja. Kenapa sekejap agaknya tu?

Beritahu pelakon berusia 40 tahun ini, hubungan mereka berdua tidak mendapat restu keluarga.

“ Keluarga juga tidak menerima hubungan ini, jadi lebih baik kami bawa haluan sendiri,” katanya pada majlis pelancaran dan Iftar Havoc Raya 2018 di Cheras Sentral, semalam.

Menurut Erry, hubungan mereka pada mulanya dianggap gimik memandangkan mereka berdua baru mengeluarkan single.

“ Kalau boleh, saya memang tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.Kami dah tak lagi berhubung dan mengambil langkah berdiam diri,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya yang sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka di laman Instagram hingga mencetuskan tanggapan negatif netizen, Erry berharap, peminat tidak pantas menjatuhkan hukuman.

Menepis tuduhan mengamalkan gaya hidup songsang, Erry yang juga penyanyi berkata, jejaka dikenali sebagai Syafiq Putra, 23, itu adalah adik tirinya yang sedang mencari tapak untuk diketengahkan.

“Dengan memuat naik gambar kami berdua di Instagram, sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan namanya kepada penggiat industri hiburan. Sebelum ini, susah untuk Syafiq ke depan memandangkan dia kurang keyakinan diri.

“Dia pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan, tetapi selepas beraksi dalam satu telefilem, Syafiq enggan teruskan kerana tidak berminat. Saya cuba pula perkenalkan dia dalam bidang nyanyian menerusi lagu duet kami, Aku Tahu kerana itu minat dia,” katanya.

Tidak terkesan dengan tuduhan itu, Erry yang ditemui berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat memperbetulkan persepsi ramai terhadapnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Hiburan Fri, 29 Dec 2023