Ini Alasan Ismail Izzani Tak Mahu Ambil SPM

Penyanyi popular dengan lagu Sabar ini mengaku tidak berminat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan sebayanya. Aik, kenapa pula tu?

Selebriti Ismail Izzani dilaporkan bakal melanjutkan pelajaran di kolej swasta namun belum memutuskan waktu kemasukan. Akuinya, keputusan dibuat memandangkan dia bukan seorang yang suka belajar.

“ Saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM. Dalam masa sama, saya memilih jurusan komunikasi melalui peperiksaan awal yang disediakan kolej tersebut.

“Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta,” katanya memberitahu kolej berkenaan tidak memerlukan keputusan SPM tapi hanya melalui satu peperiksaan awal.

Jangan salah faham pula tau, keputusannya dibuat memandangkan dirinya tidak sempat mendaftar untuk menduduki SPM tahun lalu. Umum sudah tahu, Ismail tidak ke sekolah seperti rakan sebaya lain kerana dia belajar dari rumah (home schooling) sejak usia 16 tahun.

“Keputusan ini dibuat pun disebabkan saya tidak sempat daftar untuk ambil SPM tahun lalu.

“Sepatutnya tarikh akhir untuk daftar bulan Mac. Tapi saya dapat tahu masa bulan Mei.

“Saya belum pasti lagi bila waktu yang sesuai untuk sambung belajar. Yang pastinya, bukan dalam masa terdekat,” akhirinya.

SGMS Faida