Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Pelik! Tiada unsur ganas atau elemen keterlaluan dalam filem ini, tetapi alasan filem terbaru Winnie The Pooh & Friends diharamkan di China masih menjadi tanda tanya.

Menurut laporan Hollywood Reporter, China tidak memberikan penjelasan rasmi berhubung pengharaman filem namun ada sumber melaporkan watak Winnie The Pooh itu menyerupai Presiden Xi Jinping.

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.

China, pasaran filem kedua terbesar dunia juga mengehadkan jumlah filem buatan asing dibenarkan masuk ke negara itu sebanyak 34 filem setahun.

Ia biasanya memilih filem pemecah panggung aksi berat seperti ‘Avengers: Infinity War’ dan ‘Black Panther,’ dua daripada empat filem Disney yang ditayangkan di China setakat tahun ini.

Satu lagi filem, ‘A Wrinkle in Time,’ yang ditayangkan di seluruh dunia Mac lalu tidak ditayangkan.

Dalam ‘Christopher Robin,’ wira dengan nama watak sama, kini dewasa, bersatu semula dengan rakan ketika kecil, Winnie the Pooh dan watak lain seperti Eeyore si keldai dan Piglet. Watak itu dicipta penulis Inggeris, A.A. Milne. -Reuters

SGMS Faida