Categories: Gaya Hidup

5 Tip Untuk Mencegah Uban Di Kepala. Baru Sentiasa Nampak Muda!

Alamak! Ada uban pula tumbuh dekat kepala! Dah tua ke? Haha, pernah tak anda alami situasi ini? Kalau ya, pasti anda rasa stress kan?

Uban yang tumbuh di sebalik rambut hitam anda mungkin akan membuatkan rasa kurang berkeyakinan. Yela, biasanya uban ini dimiliki oleh orang tua saja. Tapi, golongan muda juga tidak ketinggalan untuk ditumbuhi uban ini ya! 

Untuk pengetahuan anda, golongan muda bawah 30 tahun sudah mula mengalami rambut beruban. Jadi, daripada sekarang anda perlu lakukan pencegahan! Nak tahu caranya? Jom semak!

Foto: The Express Tribune

1. Minyak kelapa

Minyak kelapa bukan sahaja berguna untuk masakan malah ia juga bagus untuk pertumbuhan rambut anda. Anda perlu melakukan urutan menggunakan minyak kelapa secara teratur agar kulit kepala anda lebih sihat.

Bukan itu saja, ia dapat menghasilkan antioksidan yang dapat mencegah pertumbuhan uban. Jadi, lakukan secara rutin!

2. Cahaya matahari

Kalau anda nak tahu, cahaya matahari dapat membantu menguatkan rambut anda dan boleh menghalang uban untuk tumbuh. Walau bagaimanapun, terdapat masa yang sesuai untuk melakukannya iaitu sebelum pukul 10 pagi.

Cahaya matahari sebenarnya kaya dengan vitamin D yang sangat penting untuk kesihatan kulit dan rambut. Jangan biarkan rambut anda dengan sinaran matahari bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi

Sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, ia akan membuatkan uban tumbuh dengan lebih cepat walaupun anda masih muda. Jadi, dapatkanlah waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi agar bebas uban dan hari anda lebih ceria.

4. Jangan stress

Seperti yang kita tahu, stress boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan termasuklah diabetes dan strok. Ia juga akan menyebabkan rambut anda mudah ditumbuhi uban. Masalah lain yang boleh terjadi apabila anda stress adalah jerawat, garis halus pada wajah dan kedutan.

Anda perlu elakkan stress ini dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan ataupun keluarga agar tekanan anda berkurangan.

5. Jangan merokok

Merokok sememangnya akan mendatangkan banyak masalah kesihatan kepada tubuh seseorang. Ini termasuklah dengan pertumbuhan uban.

Jadi, jika anda ingin sentiasa kelihatan muda, cantik atau kacak, tanpa rambut beruban, anda harus berhenti dan menjauhi daripada merokok.

Mudah saja kan nak cegah uban daripada tumbuh di kepala anda? Jadi, lakukan pencegahan ini lebih awal kalau tak nak penampilan anda terjejas!

Sumber: SirapLimau

tex_admin