Wow…Fasha Sandha Kongsi Rahsia Cara Dapat Gigi Menawan

Tahniah buat pelakon Fasha Sandha, Izzue Islam dan PU Azman yang dipilih sebagai Ikon Aura White, sebentar tadi.

Syarikat yang mula beroperasi sejak 2013 ini terus mengorak langkah dengan produk terbaru mereka, Ubat gigi Aurawhite yang sudah berada di pasaran tempatan.

Sehingga kini, Aura White sudah memiliki 50 jenis produk di pasaran, antaranya Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Trial Skinspa, Auramen Turbo Collagen dan banyak lagi.

Menurut pengasasnya, Datin Furyna Azmeer, pemilihan tiga ikon baru ini dapat memperluaskan lagi permintaan ubat gigi keluaran syarikatnya.

“ Saya percaya setiap individu ambil berat dengan penjagaan gigi masing-masing. Ubat gigi amat penting dalam kehidupan seharian di mana purata kegunaan adalah sebanyak 2-3 kali setiap hari.

“ Aura White tampil dengan tiga variasi iaitu Whitening Hd Bright & Shine, Coconut Charcoal dan Kayu Sugi Premium Toothpaste,” katanya di majlis pelancaran produk terbaru ubat gigi Aura White.

Dalam masa sama, pelakon Fasha Sandha yang merupakan salah seorang ikon Aura White memberitahu dia juga merupakan pengguna setia ubat gigi ini.

“ Sudah menjadi kebiasaan saya menggosok gigi setiap kali pulang shooting. Saya seorang yang amat menitik berat penjagaan gigi.

“ Jujurnya, saya sendiri sudah menggunakan ubat gigi Aura White. Saya tidak mahu mewakili sesebuah produk tanpa mencuba dahulu. Prinsip saya, tak elok berbohong dengan pengguna.

“ Saya buat kajian dulu sebelum terima tawaran. Bukan ambil begitu saja. Lepas mencuba beberapa bulan dan saya lihat memang berkesan. Baru saya putuskan untuk terima tawaran daripada Aura White,” kata Fasha.

Korang yang nak gigi cantik putih berseri macam Fasha Sandha boleh lah cuba mendapatkan ubat gigi Aura White. Ubat gigi ini juga sesuai untuk perokok dan anda yang ada masalah nafas berbau, cubalah!

 

SGMS Faida