Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi.

Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam keadaan baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat terhadap Saleha.

Malah, ada juga netizen yang sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadi teman barunya.

“Stay Strong kak, we always love you”

“Alhamdulillah, semoga Siti Saleha kuat menghadapi ujian dan cabaran”, tulis seorang pengguna.

Terdahulu, Saleha memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”