“Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!” – Video Intan Saleh Trigger Netizen

Sebuah video yang dimuat naik oleh bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Saleh menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Video yang di muat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan aksi Intan melakukan ‘lip sync’ dialog berkenaan dengan golongan perampas.

Namun begitu, video berkenaan telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang mahukan Intan untuk melupakan perkara lalu yang terjadi dalam rumah tangganya.

Tampil membalas perkara itu, Intan menjelaskan video yang dimuat naik hanyalah sekadar ‘content’ untuk suka-suka.

Intan juga memohon agar netizen tidak ‘bitter’ terhadap ‘content’ yang dikongsikan kerana dia hanya mengikuti trend di laman TikTok.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”